BENGKEL PENGHASILAN BLOGANJURAN PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN( PENGURUSAN PENDIDIKAN )SESI 2009/20111. PENGENALANMedia massa memainkan peranan penting dalam penyebaran maklumat masa ini. Penyebaran maklumat secara kontemporari khususnya penggunaan blog terbukti sangat berkesan sehingga mampu memberi impak yang tinggi termasuk berkongsi maklumat dengan individu, institusi mahu pun negara. Untuk seseorang itu mengakses laman blog adalah terlalu mudah dan murah. Keberkesanannya dalam menarik perhatian umum tidak dapat dinafikan. Justeru, kaedah ini seharusnyalah dimanfaatkan bersama ke arah kebaikan khususnya dalam memartabatkan dunia pendidikan.2. RASIONALKaedah kecairan dan sebaran maklumat telah berkembang dari menggunakan bahan cetak kepada bahan elektronik. Lebih efesien lagi bahan elektronik digabungkan dengan penggunaan digital khususnya melalui internet. Penggunaan sistem pesanan ringkas (SMS), emel, blog, laman web dan portal tidak asing lagi terutama dalam kalangan anak muda zaman ICT ini.Sehubungan itu setiap warga pendidik seharusnya seiring dengan arus perkembangan ini dan bijak memanipulasikan kemahiran pengurusan blog agar objektif dan matlamat pendidikan lebih mudah tercapai.3. OBJEKTIFMelalui kursus ini, para peserta kursus diharap dapat ;3.1 Menghasilkan bahan blog sendiri.3.2 Menjadi pembimbing dan penasihat kepada rakan sejawat dalam menghasilkan blog.3.3 Menyebar maklumat dan berkomunikasi melalui blog.3.4 Merealisasikan ‘maklumat di hujung jari’ dalam kalangan wargapendidik.
Thursday, October 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment